30 October, 2020

Aktiviti CAYD-Oktober2020

30 Okt 2020

Barangan harian bernilai RM80/keluarga kepada keluarga-keluarga berikut:

  • Liza - kg Sura Tengah, dekat MLKS (30/10)
  • Sham - kg Sura Hujung (30/10)
  • Pah - kg Sura Hujung (30/10)
  • Maznah - kg Sura Hujung (30/10)
  • Maziah - kg Sura Hujung (30/10)
  • Salma - kg. Pangkalan Jering (24/10)
  • Jamilah - Alur Tembesu (24/10)
  • Mokku - kg. Paya (24/10)
  • Makcik 1 - kg. Paya (24/10)
  • Makcik 2 - kg. Paya (24/10)
  • Makcik 3 - kg. Paya (24/10)
  • Makcik 4 - kg. Paya (24/10)
  • Iskandar - belakang padang golf (7/10)
  • Suria Malini - sebelah Surau Padang (7/10)
  • Wil - kg Bt 5 (7/10)
  • Husin motor tayar tiga - kg Sura Hujung (4/10)
  • Kinah - kg Padang Jambu (3/10)
  • Roaini - kg Sura Tengah (2/10)
  • Aisyah - kg Balai Besar (2/10)
  • Puan Yah - kg Balai Besar (2/10)
  • Su - Jln Bunga Raya (2/10)
  • Linda - Jln Bunga Raya (2/10)
  • Zainal - kg Sura Hujung (2/10)



8 Okt 2020:

RM200 + barangan harian kpd Puan Norlida@Kak Nor (rumah terbakar) - kg Sura Hujung, Dungun.

CAYD kita juga bersama dengan kumpulan pensyarah dan staf UiTMCT mengumpul dana untuk belikan kak Nor ni peralatan memasak, agar beliau dapat kembali meneruskan perniagaan warung kedai makannya. 

Alhamdulillah, kita dah serahkan barangan peralatan memasak bernilai +-RM1,500, iaitu periuk nasi elektrik 8kg (1), dapur (2), bocong nasi (1), puyuk lauk (2), kuali (3), blender (1), set bekas lauk (1), dll.


7 Okt 2020:
RM400 kepada madrasah Tahfiz al Quran Al Azim, kg Banggol Judah, Machang Kelantan. (Hubungi ustaz Mizan 016-693 4090)

6 Okt 2020:
RM300 Puan Aisyah (kelas jahitan CAYD)

4 Okt 2020:
RM300 taja makan dan 6 hadiah hari lahir untuk anak-anak Rumah Anak yatim Darul Huffaz, kg. Perupok, Bachok, Kelantan. (Hubungi: ustazah Maszura 011-1262 0285)




24 October, 2020

T4A - Sikap

Alhamdulillah, Allah dah kurniakan kita dunia yg cantik. Jangan cemari ia dgn sikap kita yg tak berapa cantik.



01 October, 2020

T4A - Limau

Alhamdulillah, di satu pagi, ada orang edarkan plastik-plastik yang ada buah limau ni semasa para jemaah nak keluar daripada masjid. Sebelum ni ada orang letak daun kucai untuk para jemaah ambil. Sedeqah tak mestinya dengan pitih. InshaaAllah, senyuman dan apa jua kebaikan pun sedeqah.



T4A - NIKMAT

 ❤️ Nikmat yg Allah beri kpd kita tak terhitung dan tak ternilai harganya.

Wajib beryukur dgn nikmat Allah.

Syukur ialah kita guna nikmat yg Allah beri kpd perkara yg Allah redha.

Kita guna mata/telinga/mulut/harta/masa/kesihatan/kelapangan/kelebihan/umur/dll utk apa?.

Allah kata hanya sedikit hambaNya yg bersyukur.

Semuanya drp Allah. Maka sandarkan semuanya kpd Allah, bukan sebab hebat/bijaknya kita!.

Allah tak pernah lupa kpd kita walau seketika.....jantung mengepam, darah mengalir, nafas dihela, deria yg berfungsi...

Bagaimana jika Allah lupakan kita?.

Namun, kita asyik lupakan Nya.

Nikmat yg Allah beri kpd kita tu bukan saja-saja. Di akhirat nanti Allah akan tanya ......


(Ruj: kuliah ustaz Safwan, MLKS)

Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...