28 February, 2021

Aktiviti CAYD-Feb2021

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita kekuatan dan taufik untuk istiqomah berkebajikan, amalan kita diterima Allah dan kesejahteraan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

AKTIVITI BULAN-BULAN TERDAHULU

..............................................

28 Feb 2021

Alhamdulillah, barangan bernilai RM80/keluarga adalah sumbangan berkala CAYD kita kepada keluarga ibu tunggal/anak yatim/miskin. Kita beli barangan daripada kedai Lesong Mart di Dungun ni dan ianya milik Koperasi kg Sura (KOPSURA). In sha Allah, kita juga berharap dapat bantu memajukan perniagaan orang Islam kita. Kedai Lesong Mart KOPSURA baru dibuka pada awal tahun 2019.



Barangan bernilai RM80/keluarga kepada:

  • Zuki - kg Sura Tengah (28/2)
  • Norhashima - kg Sura Tengah (28/2)
  • Sulong - kg Sura Tengah (28/2)
  • Ishak - kg Sura Tengah (28/2)
  • Esah - kg Sura Tengah (28/2)
  • Umi Kalsom - kg Sura Tengah (28/2)
  • Nisa - kg Sura Hujung (28/2)
  • Anak arwah k Mah - kg Sura Hujung (28/2)
  • Rohani - kg Paya (24/2)
  • Noriah - kg Paya (24/2)
  • Mrana - kg Paya (24/2)
  • Norhayati - kg Paya (24/2)
  • Rohayu - kg Paya (24/2)
  • Tg Wahi - kg Paya (24/2)
  • Hasmah - kg Paya (24/2)
  • Pah - kg Sura Hujung (23/2)
  • Mek Nah - kg Sura Hujung (23/2)
  • Mek (Maziah) - kg Sura Hujung (23/2)
  • Iskandar - Tmn Rakyat (23/2)
  • Ani - Tmn Sri Rumbia (16/2)
  • Weil - kg Tiong (15/2)
  • Sulaiman - Tmn Sri Rumbia (13/2)
  • Yah - kg Balai Besar (13/2)
  • Mira - Flat Bijangga (2/1)
  • Din - kg Batu 48 (2/1)
  • Tie - kg. Seberang Pintasan (2/1)


Sumbangan tunai (RM100-RM200) kpd individu/keluarga ibu tunggal/OKU berikut:

  • Siti - kg Sura Hujung (24/2)
  • Sutina - kg Sura Hujung (24/2)
  • Nurul Ikhwan - kg Seberang Pintasan (16/2)
  • Yah, kg Balai Besar (13/2)
  • Aisyah, kg Balai Besar (12/2)
  • Roaini, kg Sura Tengah (10/2)
  • Liza, kg Sura Tengah (10/2)
  • Zainal, kg Sura Hujung (10/1)
  • Su - kg. Baru Kuala Abang (1/2)
  • Nurul Ikhwan - kg. Seberang Pintasan (1/2)


26 Feb 2021

In sha Allah, hari ini CAYD kita lancarkan tabung sumbangan utk taja mesin air minum utk Madrasah al Quran kg Pinang Baru, Dungun. Kita dah berbincang dgn ustaz Johari (mudir madrasah) dan pembekal, dan kita sasarkan utk pasang mesin air tu pada minggu depan ni. Kita akan gunakan tabung sumbgn CAYD sedia ada dan sumbgn lain drp para dermawan. Semoga amalan kita diterima Allah dan kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Madrasah al Quran kg Pinang Baru, Dungun - 60 lebih pelajar


RM240/bulan (setiap Jumaat) upah Mira/Tie bersih Surau Kilang Padi, kg Sura Tengah Dungun.

Surau Kilang Padi (SKP), Kg Sura Tengah, Dungun, Trg.



12 Feb 2021

RM500 sumbangan projek bantal dan cadar untuk anak-anak yatim Rumah Anak yatim PERKIM, Gong Balai, Marang Terengganu. Projek anjuran Pengurusan Hotel UiTM Dungun. (Hubungi: En. Zulaini@Abg Zul Banquet 012-9590213). In sha Allah, barangan akan diserahkan pada akhir bulan ini. Semoga Allah permudahkan.


10 Feb 2021

Alhamdulillah, CAYD kita taja yuran bulanan pelajar-pelajar berikut di pondok pengajian masing-masing. Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

  • RM180 (pelajar: Mohd Fakhrul As Syakirin) - Madrasatul Quran Pinang Baru, Bukit Besi Dungun. Madrasah ini lebih kurang 30 minit memandu daripada bandar Dungun, ke arah Bukit Besi, Hulu Dungun. Rujukan: Ustaz Johari (013-986 2660)
  • RM300 (pelajar: Aliff Danial Wafiuddin b Mohd Aslan & Adam hadi Saifullah b Mohd Aslan) - Madrasah taffiz Addiniyyah Al Jaliliyyah, Jln Tok kah, Dungun (lebih kurang 10 minit memandu daripada bandar Dungun). Rujukan: Ustaz Mukmin (011-3515 3505)

Madrasah Quran Pinang Baru, Dungun


Madrasah Tahfiz Addiniyyah Al Jaliliyyah, Jln Tok Kah, Dungun



Sumbangan pakaian :





6 Feb 2021

Alhamdulillah, tengahari ni CAYD kita belanja warga Tahfiz Anak Yatim Darul Ansor, Jalan Bunga Raya, Dungun, makan nasi Arab Mandy kambing (masakan ustaz Sabri Yamin). 

Emmmmm..best tu!

Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada CAYD kita dalam apa jua bentuk. Semoga diberkati dan dirahmati Allah.




5 Feb 2021

Alhamdulillah, hari ni CAYD kita beli barangan keperluan bernilai RM664 untuk Rumah Baitul Sakinah (BS), Jln Ibrahim, Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Antara barangan yg CAYD kita beli (setelah berbincang dgn pihak BS) ialah beras, gula, susu pekat, telur, tepung, lada kering, rempah kari, kurma, sup bunjut, biskut, bawang merah, bawang putih, ubi kentang, susu tepung, drypers, vitamin C, panadol dan ubat batuk utk kanak2, alatan utk pembelajaran (wboard marker berbagai warna, kertas A4, alat bantu mengajar spt kad imbas & buku belajar membaca).



 3 Feb 2021

Alhamdulillah, hari ni siap kerja pemasangan elektrik di rumah seorang ibu tunggal di kg Sura Hujung, Dungun dengan keseluruhan kosnya RM1,800 ditaja oleh CAYD kita. Terima kasih kepada para penyumbang dan semua yang beri sokongan dalam apa jua bentuk.




1 Feb 2021

Sumbangan tunai kepada Rumah Anak Yatim/Pusat Tahfiz berikut:

  • RM500 kpd Tahfiz al-Quran al-Azim. kg Banggol Judah, Machang, Kelantan. Tahfiz ni berada dalam kawasan Masjid Bakti, kg Belukar Ulu Sat Machang, berdekatan UiTM Machang, Kelantan. Para pelajarnya daripada golongan yatim/miskin dan belajar di sini percuma. Alhamdulillah, melalui sumbangan orang ramai, Tahfiz ini telah beli tanah untuk bina madrasah. Imej di bawah, anak-anak pelajar sedang bergotong royong di tapak untuk pembinaan madrasah mereka. Hubungi: Ustaz Mizan (016-693 4090).

Anak-anak pelajar Tahfiz Quran al-Azim di tapak pembinaan madrasah mereka.


Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...