Aktiviti CAYD

AKTIVITI CAYD:

Klik senarai berikut untuk melihat aktiviti CAYD:



TENTANG CAYD:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Firman Allah dalam surah al-Fajr, ayat 17-24, yang bermaksud:

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskinDan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!. Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?. Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!".


Alhamdulillah. TERIMA KASIH kepada sahabat-sahabat atas sokongan dan sumbangan dalam apa jua bentuk kepada Cakna Anak Yatim & Dhuafa' (CAYD) kita. Semoga Allah terus beri kita keikhlasan, kemampuan dan taufik untuk berkebajikan hingga akhir hayat kita. Seterusnya, semoga Allah menerima amalan kita, memudahkan urusan dunia dan akhirat kita dan memasukkan kita ke dalam Syurga FirdausNya.

Sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti CAYD seperti berikut:

Berkala:
1) Sumbangan kepada rumah anak yatim dan tahfiz terpilih (RAYLD, RAYSP, RAYDAH, Tahfiz al-Azim, Rumah Baitul Sakinah, Rumah Anak Yatim Perkim, dll)
2) Kelas jahitan percuma CAYD
3) Free Lunch Pack (FLP) - pelajar anak yatim/miskin (UiTM Dungun dan beberapa pelajar Sekolah Menengah Seri Dungun)
4) Sumbangan barangan harian kepada keluarga anak yatim/miskin sekitar Dungun

One-off:
- Sumbangan kepada kes-kes yang dimaklumkan.



Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...