Rumah Anak Yatim-Tahfiz

Ruangan ini mengenai rumah-rumah anak yatim dan tahfiz yang CAYD kita biasa ziarah dan beri sumbangan:

  • Tahfiz Anak Yatim Darul Ansor Dungun, Terengganu
  •  Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim (RAYLD), kg Banggol Judah, Machang, Kelantan. 
  • Rumah Anak Yatim Darul Huffaz (RAYDAH), kg. Perupok Bachok, Kelantan.
  • Rumah Anak Yatim Lilbanin Seri Peraksi (RAYSP), Semerak, pasir Puteh, Kelantan.
  •  Rumah Anak Yatim Siti Aminah (RAYSA), Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan.
  •  Rumah Anak Yatim PERKIM, kg Gong Bilal, Mercang, Terengganu.
  •  Rumah Baitul Sakinah (BS), Jln Ibrahim, Bukit Besar, Kuala Terengganu
  •  Tahfiz al-Azim, kg. Banggol Judah, Machang, Kelantan.
........................................
Tahfiz Anak Yatim Darul Ansor
Lokasi: Jln Bunga Raya, Dungun, Terengganu
Hubungi: Ustaz Ahmad Maliki (016-609 4255)

Alhamdulillah, Tahfiz ini baru beroperasi pada Jan 2021. Menempatkan anak-anak yatim yang setakat ini seramai 20 orang, berumur antara 8 - 12 tahun. Anak-anak yatim ini belajar di 3 buagh sekolah sekitar bandar Dungun dan tinggal di sini semuanya percuma. 


 


..................................
Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim (RAYLD)

Lokasi: Kg Banggol Judah, Machang, Kelantan
Hubungi: Ustazah Hasibah

Jika daripada Pasir Puteh menghala ke Machang, RAYLD berada di sebelah kanan jalan, sebelum stesen minyak dan UiTM Machang. Alhamdulillah, anak-anak RAYLD dan sampai ke Dungun. Saya pun tak ingat dah bila tapi rasanya, 2017. Antara aktiviti mereka di Terengganu ialah melawat kampus UiTM Dungun, berkelah di tepi pantai kampung Sura Dungun, lawatan ke Pusat Sains Terengganu di kampung Laut Pasir Panjang, Kuala Terengganu.


2020


 

 

 

................................................................
Rumah Baitul Sakinah (BS)
Lokasi: Jalan Ibrahim, Bukit Besar, Kuala Terengganu.


......................................
Tahfiz al Azim
Lokasi: dalam kawasan masjid al-Bakri, kg Banggol Judah, Machang Kelantan.
Hubungi: Ustaz Mizan (016-6934090)

Tahfiz al Azim ni terletak dalam kawasan masjid al Bakri, Banggol Judah, Machang Kelantan. Seramai lebih kurang 30 pelajar (lelaki sahaja) menuntut di sini. Mudirnya, ustaz Mizan.



..............................................
Rumah Anak Yatim Darul Huffaz (RAYDAH)
Lokasi: Kg. Perupok, Bachok, Kota Bharu
Hubungi: Maszura (011-1262 0285)


RAYDAH terletak di kampung Perupok, Bachok, Kelantan. Alhamdulillah, CAYD kita pernah ziarah mereka di sana beberapa kali dan anak-anak RAYDAH juga pernah datang ke Dungun beberapa tahun lepas. Lama dah juga tak jumpa mereka. Semoga Allah lapangkan masa dan beri peluang untuk ziarah dan jumpa mereka lagi.




.....................................
Rumah Anak Yatim Seri Peraksi/Lilbanin (RAYSP)
Lokasi: Bukit Peraksi, Semerak, Pasir Puteh Kelantan. 
Hubungi: Poksu Hasan (011-2913 5557)

Jika drp Kuala Besut, boleh ikut jalan Tok Bali - Semerak atau jika drp Pasir Puteh, ambil jalan Pasir Puteh ke Tok Bali. Di sini pelajarnya lelaki sahaja. Alhamdulillah, CAYD kita telah berhubung dgn mereka sejak beberapa tahun yang lepas, sejak mereka menginap di bangunan sementara, di hadapan bangunan baru ini. 


Ramadan 1441H/2020M





.................................
Rumah Anak Yatim PERKIM 
Lokasi: kg Gong Bilal, Dungun, Terengganu.
Hubungi: ustaz Ismail

Rumah anak yatim ini terletak di kampung Gong Bilal Marang, dalam perjalanan antara Dungun dan Kuala Terengganu. Ianya bersebelahan dengan jambatan Gong Bilai, tak jauh daripada Masjid Gong Bilal dan kedai roti tempayan tepi jalan utama.



......................................
Rumah Anak Yatim Siti Aminah (RAYSA)
Lokasi: Pasir Pekan, Kota Bharu
Hubungi: Puan Sufiyyah/Kak Su (012-955 9429)


Aidil Fitri 1441H / 2020M



Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...