Alhamdulillah, kelas jahitan percuma CAYD diadakan di kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Pesertanya anak yatim/miskin dan ibu tunggal yang berminat. Objektifnya, memberi kemahiran menjahit yang akhirnya dapat digunakan mereka untuk menjadikan menjahit sebagai sumber pendapatan. Kita mengupah ibu tunggal yang berkelayakan dalam bidang jahitan dan menjalankan khidmat menjahit, untuk mengajar para pelajar. Dengan cara ini, kita dapat bantu 2 pihak iaitu ekonomi ibu tunggal terbabit dan para pelajar.
CAYD juga mencari projek-projek jahitan untuk dibuat oleh para pelajar. Dengan cara ini para pelajar dapat menimba ilmu kemahiran menjahit dan pada masa yang sama menjana pendapatan daripada khidmat jahitan yang diberikan. Projek-projek jahitan dibuat bersama-sama dengan cikgu. Alhamdulillah, setakat ini dah siapkan projek jahitan sejadah putih, uniform tadika, baju kurung, baju kurta, langsir sekolah dan baju makmal.
Para pelajar yang betul-betul berminat untuk menjadikan menjahit sebagai sumber pendapatan mereka, kita akan bantu mereka untuk memohon mesin jahit daripada MAIDAM dan cari dana tambahan jika diperlukan. Sementara itu, jika ada pelajar yang berminat untuk menyambung belajar menjahit di IKBN, misalnya, kita akan bantu mencari pembiayaan untuk yuran dan lain-lain.