Covid-19: Musibah untuk Muhasabah dan berubah!
💌Orang yang sedang sakit dalam wad-wad mungkin tercari-cari al-Quran untuk dibaca, menunggu-nunggu masuk waktu untuk solat….kerana menghayati bahawa nikmat sihat dan lapang dah semakin hilang!.
Kita yang sedang berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih diberi nikmat sihat dan masa, janganlah semakin hari semakin terbiasa hingga bacaan al-quran tak bertambah, semakin lewat solat, semakin selesa tanpa zikir/selawat!. Bagaimana amalan sunnah dan sunat kita yang lain?.
Kita nak tunggu bila/apa lagi untuk berubah?.
Dulu-dulu musibahnya (Perang, tsunami, gempabumi, banjir, dll) jauh daripada kita. Kini, musibah (Covid-19) dah mula “menyentuh”, beri kesan langsung kepada kita!.
Bila lagi kita nak sedar (kembali kpd Allah) drp "tidur yg lena")?.
Dalam surah al-Hadid, ayat 16, Allah tanya melalui firmanNya yang bermaksud: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?...
Sama-samalah kita ambil kesempatan lockdown dalam rumah ni untuk tingkatkan amalan kerana bila dah “lockdown” dalam kubur, ……