30 March, 2020

PKP/CPVID-19: MUSIBAH UNTUK MUHASABAH DAN BERUBAH (3)


T4A: 
❤PKP/CPVID-19: MUSIBAH UNTUK MUHASABAH DAN BERUBAH (3)
Semasa PKP, mungkin ada keluarga yang semua ahlinya (ibu, ayah, anak, menantu, cucu, datuk, nenek) berada dalam satu rumah dan dapat beribadah, makan, berbincang, menonton TV dan melakukan aktiviti bersama. Sekarang kita berpeluang menatap wajah ahli keluarga kita. Rasailah yang ianya nikmat daripada Allah dan syukurilah. Mungkin ada suami-isteri-anak yang sebelum ni terpisah dua atau tiga penjuru disebabkan oleh kerja dan hanya bertemu semasa hari minggu atau sebulan sekali, kini dapat menikmati hidup seharian yang  lebih bermakna sebagai satu keluarga. Pada masa yang sama, mungkin ada ibu yang tak berselera mana makan sebab salah seorang anaknya tak dapat bersama, terpaksa lalui PKP di kampus atau bertugas semasa saat getir ini. Jika kita tanya, inshaaAllah selepas PKP/Covid-19 ni berakhir, kita nak pergi jumpa siapa dulu, pastinya jawapan kita ialah ahli keluarga terdekat!. Begitulah pentingnya kebersamaan kita sebagai satu keluarga.

Lebih-lebih lagilah, di akhirat nanti. Kita nak kita dan semua ahli keluarga bersama-sama sejahtera dalam Syurga Firdaus. Dalam surah al-A’raf, ayat 50, Allah kata ahli neraka memanggil-manggil ahli syurga, mohon diberi sedikit air dan makanan. Nauzubillahi min zalik, tiada ibu-ayah-anak yang nak terpisah, sebahagiannya di Syurga dan sebahagiannya di Neraka.

Jadi, kena usaha gigih untuk pastikan kita sekeluarga dirahmati dan diberkati Allah, serta jaga diri dan ahli keluarga daripada api neraka (surah at-Tahrim, ayat 6). Tegurlah jika ada yang tak menepati syariat dan setiap hari berdakwah secara hikmah tanpa jemu. Allah akan tanya nanti adakah kita pernah nasihat dan buat teguran kepada ahli keluarga.

Semoga amalan (solat berjemaah di awal waktu, baca al-Quran, berdoa, makan bersama, puasa sunat, tazkirah/majlis ilmu dalam rumah, dll) yang kita lakukan secara bersama semasa PKP/Covid-19 ini menjadi bukti dan penyebab kita sekeluarga mendapat rahmat Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga FirdausNya.

…………………………………......
Ketua keluarga berdoa supaya semua ahli keluarga dengar dan mengaminkan….

Ya Allah! Ini keluarga kami sedang melakukan ibadah dan ketaatan kepadaMu.

Ya Allah! Aku sedang mengajak ahli keluargaku melakukan ketaatan kepadaMu.

Ya Allah! Saksikanlah.

Ya Allah! Kami semua nak masuk Syurga Mu.

Ya Allah! Kami semua takutkan Engkau.

Ya Allah! Campakkanlah perasaan cinta akhirat, cinta Allah, cinta Rasulullah saw ke dalam hati kami.
………………………………
Semoga Allah beri kesabaran dan redha kepada kita dalam menghadapi Covid-19. Ianya rahmat bagi orang beriman sekiranya sabar menghadapinya. Yakinlah bahawa ianya adalah qadha dan qadar Allah.



(Ruj: kuliah ustaz Wadi Anuar)



Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...