03 May, 2020

Video: Negara jadi hebat bila pemimpinnya bertaqwa

Allahuakbar! Video ini amat menyentuh perasaan. Hebat pengajarannya buat kita. Kalau tak silap saya ianya tentang Sultan Abdul Hamid, di era pemerintahan kerajaan Uthmaniah. 

Rasulullah saw sendiri telah menunjukkan sifat dan ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin. Umatnya ikat perut dengan satu batu menahan lapar sedangkan baginda ikat perut dengan dua batu. Khalifah Umar al-Khattab berjalan malam tanpa diketahui orang untuk melihat keadaan rakyatnya. Khalifah Umar Abdul Aziz pula memadamkan lampu bilik kerja istananya bila anaknya datang untuk berbincang hal keluarga. Pemimpin yang bertaqwa/takutkan Allah tidak akan ambil mudah tentang amanah serta tanggungjawab yang dipikulnya. Kita? Kita pun tidak akan terlepas kerana setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang kita pimpin.



Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...