Lebih kurang 90% drp
penerima sumbangan barangan harian CAYD terdiri drp keluarga ibu tunggal/anak
yatim. Semuanya, samada tidak bekerja atau jika bekerja pun secara kecilan dan
tak tetap. Ada juga yang berpenyakit kronik, kaki dah dipotong dan berkerusi
roda. Ada yang anak 8 orang, anak-anak masih bersekolah. Ada yang anaknya dah tamat
belajar tapi masih tak dapat kerja. Jika ada yang anak dah bekerja pun, kerja
biasa saja dengan gaji/upah yang tak seberapa. Begitulah antara kisah
masyarakat kita.
Kekadang kita terfikir.......mereka sedang sabar menghadapi ujian Allah. Orang yang selesa kehidupannya atau kaya, seakan berterusan dalam keselesaan - kerja bagus, anak-anak pula berjaya, kesihatan alhamdulillah. Jangan lupa bahawa susah dan senang, keduanya ujian daripada Allah.

Orang miskin/susah
di dunia ini, mungkin di akhirat nanti akan mendahului kita selama beratus
tahun perjalanan menuju ke Syurga Allah. Sementara kita entah tersekat dan
tersadung di mana-mana. Nauzubillah….
Dah kita kena jadi miskin ke?. Tak!. Kita kena cari, ambil tahu, bantu semampu. Kita tak tahu kemungkinan orang-orang miskin/susah ini didatangkan secara khusus oleh Allah di sekeliling kita untuk Allah menguji kita.
Mungkin.....dalam keluarga kita ada adik-beradik yang kurang bernasib baik, di organisasi kita ada makcik cleaner ibu tunggal yang dah lanjut usia tapi masih bekerja, di hujung kampung kita tinggal seseorang yang lumpuh sebatang kara, setiap hari ada pak cik tua yang naik basikal lalu di depan rumah kita yang nampaknya macam orang susah, jiran kita yang anaknya sentiasa menangis mungkin sebab kelaparan, pelajar/pekerja kita ada yang makan hanya sekali sehari saja kerana kesempitan, dan lain-lain. Pastinya kelebihan yang Allah beri bukan untuk kita berpegang kepada prinsip "Aku, Aku dan Aku!". Jika begitu, bagaimana kita nak jawab di hadapan Allah nanti......