16 May, 2020

T4A: DEADLINE

DEADLINE

Kadang-kadang kita kejar deadline manusia sampai terabai tanggungjawab sebagai suami/isteri/ibubapa/anak/jiran/kawan. Demi utk penuhi deadline kita, kita tak kisah kesannya kpd org lain. Yang lebih jeng greng, terabai tanggungjawab sebagai hamba Allah (solat yang awal waktu jadi lewat, yang biasanya muafiq jadi masbuq, yang biasanya berjemaah jadi sendirian). Kita sanggup berjaga sampai sepertiga malam. 

Bersungguhnya kita dengan deadline manusia. Bagaimana dengan deadline Allah?. Ramadan sedang menghampiri deadlinenya. Ramadan bukan “bagi hari ni, deadlinenya kelmarin”. Sesetengah daripada kita dah hidup lebih 50 tahun. Maknanya berapa kali dah tu kita berjumpa dengan Ramadhan?. Apakah perubahan pada diri (sakit, kerap lenguh badan, dah byk putih drp hitam, spek atas kepala cari merata) dan dunia (wabak covid-19), malah ganjaran hebat (1 malam = +-83 tahun 4 bulan) masih tidak mengubah tindakan kita terhadap deadline Allah?. Mungkin tahun ini, peluang terakhir utk kita bertemu Ramadan dan Lailatur Qadr. Kita tak tahu. Allahuakbar!. 
Jom! Kita manfaatkan Ramadan/al-Qadr, anugerah Allah sebelum “game over” buat kita!.

Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...