30 September, 2020

Aktiviti - Sept 2020

30 Sept 2020:

Sumbangan barangan harian RM80/keluarga kpd:

  • Mira, Flat Bijangga (30/9)
  • Tie, kg. Seberang Pintasan (30/9)
  • Nisa, kg Sura Hujung (22/9)
  • Adik Nisa, kg Sura Hujung (22/9)
  • Zuki, kg Sura Tengah (21/9)
  • Na, kg Sura Hujung (20/9) + RM100
  • Jamilah. kg Sura Hujung (15/9)
  • Liza, kg Sura Tengah, Jln Pantai (13/9)
  • Sulong, kg Sura Tengah (13/9)
  • Jiran Sulong (13/9)
  • Jiran Sulong (13/9)
  • Jiran Sulong (13/9)
  • Mokku, kg Paya (10/9)
  • Su, kg Baru Kuala Abang (6/9)
  • Makcik, kg Baru Kuala Abang (6/9)
  • Puan A, kg Pangkal Jering (6/9)
  • Liza, kg Sura Tengah, dekat MLKS (6/9)




26 Sept 2020:
RM150 kpd Ikhwan, kg. Seberang Pintasan, Dungun.

12 Sept 2020:
RM120 upah Mira cuci surau SKP, kg Sura Tengah, Dungun pada 4 & 11 Sept 2020.

11 Sept 2020:
RM200 tunai kpd. Mokku dan Zainal.

3 Sept 2020
RM150 kpd saudara Nurul Ikhwan, kg Seberang Pintasan, Dungun.

17 September, 2020

T4A: Singgah sekejap saja...

 


πŸ’ŒSinggah sekejap dalam musafir yang jauh. Cari bekal untuk pengakhiran yang belum pasti (tentang nasib diri)..

(Imej: kg Sura Tengah, Dungun, Trg)

12 September, 2020

T4A: Solat Penanda Aras

 πŸ’Œ SOLAT PENANDA ARAS

Bila gagal dlm ibadat solat, mknanya gagal dlm hidup di dunia ini walaupun kita memiliki pelbagai keistimewaan dunia.

Kadang-kadang kita ralik dgn kehidupan kita. Kita terbiasa dgn kebiasaan hidup kita. Jaga-jaga sebb suatu hari ia akan jadi luar biasa. Bila jadi luar biasa tu?. Bila kehidupan kita yg biasa itu terhenti. 

Kita mati!. 

Kita dgn kematian semakin dekat. Kena ada perasaan bimbang dan takut yg ibadah yg kita lakukan misalnya, solat, tidak diterima Allah. 

Bila nyawa sampai di halkum (tak mati lagi tu), usahkan nak baiki solat, nak taubat pun tak boleh dah.

Allahuakbar!.

Tolonglah...bimbang dan caknalah ttg solat kita. Jangan ambil biasa dan mudah. Semaklah dan baikilah solat kita. Jangan malu untuk minta mereka yg pakar semak dan tegur bacaan dalam solat kita. Ibubapa pernah semak/baiki solat anak-anak, pasangan?. Lepas setiap solat, istighfar dan merayu kpd Allah agar Allah terima solat kita.

Semoga kita termasuk dlm org yg berjaya, iaitu yg khusyuk dlm solat kita. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2)

(Ruj: kuliah ustaz W Khairul, MLKS)

06 September, 2020

T4A: Terima ke tak?

 ❤️ Pada hari gaji, kita gi cocoh kad di ATM. Tiba2 gaji tak masuk spt org lain!. Guano agaknya reaksi kita?. Kawan2 yg simpati, pakat kumpul dana bantu kita. Alhamdulillah, ada yg sudi bantu. Bayangkan di akhirat .....kita bawa mcm2 amalan yg kita rasa banyak dah buat semasa hidup di dunia dulu. Tiba2, akaun akhirat kita "0". Amalan tak diterima. Ia jadi spt debu yg berterbangan. Nauzubillah!. 

Agaknya, pada masa tu ada tak org yg kumpul dana utk bantu kita?.

Allah berfirman yg bermaksud, “Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya”.  (QS: ‘Abasa: 34-37)

Pernah dok kita fikir ttg iman dan amal kita?..cth samada solat/bacaan al Quran/sedeqah/kebajikan yg kita buat itu diterima Allah atau tidak?. 

Ttg kerja dunia kita fikir dan nilai sangat, bimbang takut tak ikut SOPnya, tak capai ISOnya. Sepatutnya, hal akhirat, lebih lagi lah kita fikir dan nilai. Sebb apa? Sebb akhirat terlebih baik dan kekal!.

Pernah ke kita fikir,...

 "wudhuk yg aku ambil tu betul ke dok?".

"Solat yg aku buat tu, cukup tak rukun dan syarat nya?".

"Fatihah/Tahiyyat yg aku baca tu betul ke tidak?"

Kita kena beranikan diri utk tanya diri sendirilah. Harapkan bini/suami dan org lain tanya, mungkin tak tanyalah!.

Kalu kita jawab, "Aku buat pun mujur", berat nanang/jeng greng kita!.

Kita rilek/tak bimbang pun kalau2....

solat kita tak diterima Allah!

Baca Quran dok pandai!

..kita tak usaha baiki/belajar pun. Tak bersungguh mitok dgn Allah setiap kali lepas solat agar amalan kita diterima pun!.

Terasa ke bila kita kata gini?. Biarlah terasa pun sebab kita dah tiada masa!. Negara kita pun dah sambut merdeka ke 63 tahun...simbolik akhir umur Rasulullah saw. Mcm2 yg terjadi kini yg menunjukkan pengakhiran sedang menghampiri.

Jom!. Kita sama2 bukan hanya terasa, tapi buatlah tindakan.

(Ruj: kuliah Ustaz W Khairul, MLKS)

Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...