12 September, 2020

T4A: Solat Penanda Aras

 💌 SOLAT PENANDA ARAS

Bila gagal dlm ibadat solat, mknanya gagal dlm hidup di dunia ini walaupun kita memiliki pelbagai keistimewaan dunia.

Kadang-kadang kita ralik dgn kehidupan kita. Kita terbiasa dgn kebiasaan hidup kita. Jaga-jaga sebb suatu hari ia akan jadi luar biasa. Bila jadi luar biasa tu?. Bila kehidupan kita yg biasa itu terhenti. 

Kita mati!. 

Kita dgn kematian semakin dekat. Kena ada perasaan bimbang dan takut yg ibadah yg kita lakukan misalnya, solat, tidak diterima Allah. 

Bila nyawa sampai di halkum (tak mati lagi tu), usahkan nak baiki solat, nak taubat pun tak boleh dah.

Allahuakbar!.

Tolonglah...bimbang dan caknalah ttg solat kita. Jangan ambil biasa dan mudah. Semaklah dan baikilah solat kita. Jangan malu untuk minta mereka yg pakar semak dan tegur bacaan dalam solat kita. Ibubapa pernah semak/baiki solat anak-anak, pasangan?. Lepas setiap solat, istighfar dan merayu kpd Allah agar Allah terima solat kita.

Semoga kita termasuk dlm org yg berjaya, iaitu yg khusyuk dlm solat kita. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2)

(Ruj: kuliah ustaz W Khairul, MLKS)

Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...