24 April, 2020

T4A:Hargai hanya bila dah tiada!



Kg Sura Tengah Dungun Terengganu

Pantai Telok Lipat Dungun

Sedang klik klik dalam komputer, terlihat gambar-gambar ini. Terasa rindu dan bertuahnya kita sebelum ini, dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah yang Dia hamparkan kepada kita, saban hari!. Gitulah kebiasaan kita - hargai hanya bila dah tiada!. Sebelum PKP ni, setiap hari ulang-alik ke tempat kerja, tak pandang pun. Kalau tengok pun, tengok saja je. Tak ucap pun di mulut Alhamdulillah ke, Subhanallah ke...fikiran asyik tenggelam dalam hal dunia. setiap hari dapat melihat. Tak rasai nikmat dapat melihat. Tak rasa pun hebatnya Allah melalui penciptaanNya yang cantik. Siapa yang "cat kanvas" besar tu?. Ada berapa tone warna tu?. Siang warna lain, malam pula warna lain. Semasa siang pun boleh bertukar warnanya, misalnya sebelum semasa dan selepas hujan. Allahuakbar! Semoga Allah beri kita peluang kedua. Semoga kita semua dapat keluar daripada masalah Covid-19 ini dan kita jadi hambaNya yang berbeza. Hamba yang lebih dekat kepada PenciptaNya.....

23 April, 2020

T4A: Tertekan dan Gelisah

TERTEKAN, GELISAH

Musim PKP ni, kita tertekan dgn masalah masing-masing:
  • Frontliner tertekan dengan bebanan tugas, risiko yang dihadapi, harapan tinggi masyarakat dan ragam manusia.
  • Pendidik tertekan dgn bebanan dan komitmen utk e-learning/distance learning yg mungkin lebih hebat drp pembelajaran bersemuka. Ditambah faktor ilmu dan usia. Semuanya perlu cepat dihadam. Konsep elearning fleksibel tapi pelaksanaannya boleh jadi berbeza.
  • Pelajar tertekan dgn masalah data/internet, ditambah subjek/keadaan/kediaman yg tidak berapa sesuai utk e-learning (Internet tak stable, tiada komputer/telefon rosak, rumah dengan 8 org bersesak didalamnya, ..)
  • Surirumah tertekan dgn "restoran"nya terpaksa dibuka drp awal pagi hingga lewat malam. Ramai yang asyik tanya menu dan menunggu....daripada membantu!.
  • Peniaga runsing kos/belanja semakin menghimpit modal kerana tiadanya jualan.
  • Pekerja harian tertekan memikirkan bagaimana nak lalui hari mendatang tanpa upah.
  • Hubungan sesama ahli keluarga yang tidak akrab, PKP boleh jadi peluang merapat atau makin menjarak.
Nak ceritanya...

Kita boleh jadi begitu berserabut dengan hal dunia kita. Tekanan boleh bawa kepada sakit rohani/emosi yang mungkin lebih parah daripada sakit fizikal.

Terasa tiada tempat mengadu dan yang sudi mendengar masalah kita?.

Mengadulah kepada Allah. Allah beritahu yang Dia sentiasa hampir dengan kita (al-Baqarah,186), Dia Maha Mendengar (Ibrahim, 39), Allah akan perkenankan doa (Ghafir,60).

Banyakkan istighfar, zikir dan doa kepada Allah. Jika sebelum ini kita tak pernah menghayati doa, mungkin inilah masanya. Hayatilah untuk alami keajaibannya. InshaaAllah.


ISTIGHFAR DAN DOA UNTUK HILANGKAN TEKANAN, RASA SEDIH DAN GELISAH

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha Berdiri Sendiri dengan ZatNYA, dan aku bertaubat pada-NYA
..........................................

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (Sahih Bukhari)
...........................................

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)
...........................................

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami (Surah Al-Imran Ayat 173)

17 April, 2020

T4A: Allah sedang bagi "handicap"

💌 T4A: ALLAH SEDANG BAGI "HANDICAP"

Antara nikmat yg kita (manusia) sering lupa ialah nikmat SIHAT dan nikmat LAPANG. Ada org sedang terlantar di wad ICU atau pusat kuarantin dgn 1001 kesulitan, alhamdulillah kita sihat dan berada di rumah. 

Sebelum Allah tanya kita di akhirat nanti, kita tanya diri sendiri bagaimana kita manfaatkan kedua-dua nikmat itu, yg sedang kita kecapi sekarang?. Ibarat mcm Allah bagi "handicap" kpd kita semasa Ramadhan dgn membelenggu syaitan, kini Allah bagi "handicap" kpd kita dgn "stop" dunia utk kita. Malanglah jika kita "stay at home", "stay safe" tapi tidak stay close to Allah". 

Hubungan dgn Allah...yg wajib masih tak comel, yg sunat masih tak lekat. Hubungan sesama ahli keluarga... "dekat tapi jauh" sebab masing-masing asyik melayani dunia masing-masing.

Allahuakbar!. 
Ampuni kami ya Allah.
Jangan Engkau biarkan kami.
Kurnialah kami hidayah serta taufik utk sentiasa dekat denganMu.

16 April, 2020

T4A: Sempena Hari Lahir...

Alhamdulillah

Hari ni 16 April, sempena hari lahir saya.  

TERIMA KASIH lah kepada keluarga, sahabat, kenalan dan sesiapa yang beri ucapan dan doakan. Aaamiin atas doa semua.

Umur meningkat, hayat semakin singkat.

Allahuakbar!

Mohon MAAF atas segala salah dan silap.

Ada ustaz nasihatkan, pada hari lahir kita, kena gi jugok ucap terima kasih kepada ibu ayah kita yang telah susah payah lahirkan/besarkan kita. Mohon maaf kepada mereka.....saya takdok kedua-dua Che dan Wan saya dah untuk buat begitu Kerinduan selepas kehilangan amat memeritkan. Kepada yang masih ada ibu ayah, sentiasa hargai lah. Jangan lepaskan tiket kelas pertama ke Syurga itu. 

07 April, 2020

T4A: Besarnya tanggungjawab kita sebagai suami/bapa....

Kita mungkin selesa sebagai suami/bapa. Mengapa tidaknya...kita ketua keluarga!. Kalau di rumah, kita hanya perlu order, "Tea O satu!", waktu makan tunggu anak isteri panggil je, sesetengah orang apa yang keluar daripada mulut dia "tiada rundingan" dan kuasa veto di rumahnya. Namun, sedarlah kita aduhai saya dan kita semua yang bergelar suami/bapa, besarnya tanggungjawab kita, yang kita perlu jawab di depan Allah di akhirat nanti. Allahuakbar!


03 April, 2020

T4A: Suiz utama ketenangan keluarga

Kita sebagai suami/bapa adalah suiz utama kepada sakinah (ketenangan/ketenteraman) dalam keluarga.


02 April, 2020

Dialog ahli Syurga dengan ahli Neraka

Nanti ahli Syurga akan bertanya ahli Neraka sebab mereka dimasukkan ke dalam neraka. Allah berfirman dalam surah al-Muddaththir,  ayat 42-46, yang bermaksud: 

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan yang mengerjakan solat; Dan kami tidak pernah memberi makan orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan." 



Taja buka puasa (Ramadhan 1441H/2020) rumah anak yatim

Ramadhan tak lama dah, inshaallah bermula 24 April 2020. Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat sampai ke Ramadhan tahun ini (1441H / 2020) dan memanfaatkannya sebaik mungkin. 

Inshaallah, seperti tahun-tahun lepas, CAYD kita akan taja berbuka puasa rumah-rumah anak yatim dan tahfiz berikut:

1) RAYLD
2) RAYSP
3) RAYDAH (dah booking utk 1,2 & 3 Ramadhan)
4) Tahfiz al-Azim
5) Rumah Baitul Sakinah
6) Rumah anak yatim Perkim




Doa - Mohon ampunan dan rahmat

Doa mohon ampunan dan rahmat


 رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخٰسِرِينَ

robbanaa zholamnaaa anfusana wa il lam taghfir lanaa wa tar-hamnaa lanakuunanna minal-khoosiriin


Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi."

(Al-A'raf: Ayat 23)

Aktiviti CAYD (Mac 2020)

💌
Alhamdulillah.
TERIMA KASIH kepada semua atas sokongan dan sumbangan dalam apa jua bentuk. Semoga Allah terus beri kita kemampuan dan taufik untuk berkebajikan hingga akhir hayat kita.

✅31/3/2020:
1) RM150 utk bantuan Covid-19 kpd keluarga2 miskin kg Seberang Pintasan, Dungun.
2) RM150 utk bantuan covid-19, anjuran OFODOS UiTM Dungun.
3) RM600 utk bantuan covid-19 kpd 30 keluarga miskin kg pasir raja, hulu Dungun, Trg.

✅29/3/2020:
1) RM100 kpd Wardah, kg Rajawali, Dungun.
2) RM150 keluarga pelajar miskin melalui projek kebajikan covid-19, anjuran Unit Kebajikan Sek Keb Seri Dungun, Trg.
3) RM50 adik fateh aqil, pesakit covid-19, melalui alumni SMKA Falahiah, Kelantan.

✅18-30/3/2020:
RM1,360 Barangn keperluan harian bernilai RM80 kpd 17 keluarga anak yatim/miskin sekitar Dungun -
sulaiman, ani, pah 4 beradik, liza, anak pok sin, Sulong 3 beradik, lan, zainal, ani, aisyah, kinah, mira.

✅19/3/2020:
RM400 (RM50/pelajar x 8 pelajar) kpd pelajar UiTM Dungun, penerima FLP kita, yg berada dlm kampus sepjg PKP.

✅12/3/2020:
RM315 taja Free Lunch Pack (FLP) mingguan kpd 63 pelajar yatim/miskin UiTM Dungun.

✅8/3/2020:
RM400 kpd anak2 Rumah Anak Yatim Darul Huffaz (RAYDAH), kg Perupok, Bachok, Kelantan.

✅6/5/2020:
1) Kelas jahitan CAYD setiap Jumaat & Sabtu. Alhamdulillah, dah berjaya siap jahit tempahan 4 helai baju kurta.
2) RM60 upah bersih surau Kilang Padi, kg Sura Tengah Dungun kpd puan Mira.

✅5/3/2020:
RM225 taja Free Lunch Pack (FLP) utk 45 pelajar anak yatim/miskin UiTM Dungun, Trg.

✅4/3/2020:
Sumbgn pakaian. InshaaAllah kita akan serahkan pakaian ini kpd beberapa keluarga yatim/miskin di Dungun ini.

T4A: Covid-19: Musibah untuk Muhasabah dan Berubah (4)

Allah bagi sakit kpd individu. Sakit buat dia insaf lalu taubat, jaga solat, berterusan berdoa dan baca al Quran. Orang yang tak sakit, masih macam biasa....

Allah bagi sesetengah negara/tempat musibah (perang, gempabumi, taufan, tsunami). Yang kena akan dapat pengajaran yang berkesan sepanjang hayat mereka. Negara/tempat yang tak kena, ingat hanya bila diperingat. Tak tunggu lama mana untuk lupa dan terus ingkari Allah.

Sekarang, Allah bagi Covid-19 hingga setiap rakyat satu negara Malaysia dan hampir satu dunia terkesan.

Kalu kena musibah macam Covid-19 ni pun, kita masih tak kembali (bertaubat, bertaqwa) kpd Allah, tak tahulah. 
Kita nak tunggu Allah datangkan apa lagi?.
Jangan tunggu mati sebab mati itu tiba-tiba, tidak berpeluang lagi walaupun pakai topeng, basuh tangan, PKP/jarak sosial, dll.

01 April, 2020

Aktiviti CAYD kita (31/3/2020)

💌 Aktiviti CAYD kita (31/3/2020)

Alhamdulillah, CAYD kita beri sumbgn RM600 untuk projek agihan barangan keperluan harian kepada 30 keluarga di kg Pasir Raja, Hulu Dungun. InshaaAllah sumbangan diuruskan oleh en. Muneer.

TERIMA KASIH semua.

CHECKLIST kita setiap pagi

💚 Inshaallah, usahakan setiap pagi CHECKLIST kita (terutamanya masa PKP Covid-19, 18 Mac-14 April 2020):

✅ Qiamullail (solat tahajjud, taubat, hajat; baca al-Quran; zikir; dll)

✅ Solat sunat (sebelum Subuh, Dhuha, dll)

✅Solat subuh berjemaah awal waktu (di rumah)

✅ Dengar kuliah (tv/online) atau tazkirah bersama ahli keluarga.

✅ Baca al Quran 
Cthnya:
- 10 ayat terakhir ali Imran
- 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir al Kahfi
- ayat Kursi
- 3 Qul
- al Kahfi (sunnah pd hari Jumaat)

✅ Selawat kpd Rasulullah saw

✅ Istighfar (penghulu istighfar, dll)

✅ Berdoa:
Cth:
- harian (ayat 193 surah ali Imran, ayat 23 surah al-A'raf, ayat 201 surah al-Baqarah, dll)
- elak musibah (doa Abu Darda', doa nabi Nuh, ayat 12 surah ad-Dukhan, dll)

✅ Berzikir/bc al-Mathurat

✅ Bersedekah* (online, dll).

✅ Lain-lain

* semasa pkp covid-19 ni, yg berkemampuan mungkin boleh cari ahli keluarga, jiran, pengkuliah di ssejid surau, pelajar, kenalan, pekerja, yg terjejas pendapatan mereka, tabung kemanusiaan/kebajikan dan bantu ringankan beban spt transfer (sedeqah) online kpd mereka

Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...