Musim PKP ni, kita tertekan dgn masalah masing-masing:
Nak ceritanya...- Frontliner tertekan dengan bebanan tugas, risiko yang dihadapi, harapan tinggi masyarakat dan ragam manusia.
- Pendidik tertekan dgn bebanan dan komitmen utk e-learning/distance learning yg mungkin lebih hebat drp pembelajaran bersemuka. Ditambah faktor ilmu dan usia. Semuanya perlu cepat dihadam. Konsep elearning fleksibel tapi pelaksanaannya boleh jadi berbeza.
- Pelajar tertekan dgn masalah data/internet, ditambah subjek/keadaan/kediaman yg tidak berapa sesuai utk e-learning (Internet tak stable, tiada komputer/telefon rosak, rumah dengan 8 org bersesak didalamnya, ..)
- Surirumah tertekan dgn "restoran"nya terpaksa dibuka drp awal pagi hingga lewat malam. Ramai yang asyik tanya menu dan menunggu....daripada membantu!.
- Peniaga runsing kos/belanja semakin menghimpit modal kerana tiadanya jualan.
- Pekerja harian tertekan memikirkan bagaimana nak lalui hari mendatang tanpa upah.
- Hubungan sesama ahli keluarga yang tidak akrab, PKP boleh jadi peluang merapat atau makin menjarak.
Kita boleh jadi begitu berserabut dengan hal dunia kita. Tekanan boleh bawa kepada sakit rohani/emosi yang mungkin lebih parah daripada sakit fizikal.
Terasa tiada tempat mengadu dan yang sudi mendengar masalah kita?.
Mengadulah kepada Allah. Allah beritahu yang Dia sentiasa hampir dengan kita (al-Baqarah,186), Dia Maha Mendengar (Ibrahim, 39), Allah akan perkenankan doa (Ghafir,60).
Banyakkan istighfar, zikir dan doa kepada Allah. Jika sebelum ini kita tak pernah menghayati doa, mungkin inilah masanya. Hayatilah untuk alami keajaibannya. InshaaAllah.
Terasa tiada tempat mengadu dan yang sudi mendengar masalah kita?.
Mengadulah kepada Allah. Allah beritahu yang Dia sentiasa hampir dengan kita (al-Baqarah,186), Dia Maha Mendengar (Ibrahim, 39), Allah akan perkenankan doa (Ghafir,60).
Banyakkan istighfar, zikir dan doa kepada Allah. Jika sebelum ini kita tak pernah menghayati doa, mungkin inilah masanya. Hayatilah untuk alami keajaibannya. InshaaAllah.
ISTIGHFAR DAN DOA UNTUK HILANGKAN TEKANAN, RASA SEDIH DAN GELISAH
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha Berdiri Sendiri dengan ZatNYA, dan aku bertaubat pada-NYA
..........................................
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (Sahih Bukhari)
...........................................
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)
...........................................
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami (Surah Al-Imran Ayat 173)