24 April, 2020

T4A:Hargai hanya bila dah tiada!



Kg Sura Tengah Dungun Terengganu

Pantai Telok Lipat Dungun

Sedang klik klik dalam komputer, terlihat gambar-gambar ini. Terasa rindu dan bertuahnya kita sebelum ini, dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah yang Dia hamparkan kepada kita, saban hari!. Gitulah kebiasaan kita - hargai hanya bila dah tiada!. Sebelum PKP ni, setiap hari ulang-alik ke tempat kerja, tak pandang pun. Kalau tengok pun, tengok saja je. Tak ucap pun di mulut Alhamdulillah ke, Subhanallah ke...fikiran asyik tenggelam dalam hal dunia. setiap hari dapat melihat. Tak rasai nikmat dapat melihat. Tak rasa pun hebatnya Allah melalui penciptaanNya yang cantik. Siapa yang "cat kanvas" besar tu?. Ada berapa tone warna tu?. Siang warna lain, malam pula warna lain. Semasa siang pun boleh bertukar warnanya, misalnya sebelum semasa dan selepas hujan. Allahuakbar! Semoga Allah beri kita peluang kedua. Semoga kita semua dapat keluar daripada masalah Covid-19 ini dan kita jadi hambaNya yang berbeza. Hamba yang lebih dekat kepada PenciptaNya.....

Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...