25 May, 2020

Aktiviti CAYD (Ramadan 1441H/2020 & PKP/PKPB: April-Mei 2020)

💓Alhamdulillah. 
TERIMA KASIH kepada semua atas sokongan dan sumbangan dalam apa jua bentuk. Semoga Allah terus beri kita kemampuan dan taufik untuk berkebajikan hingga akhir hayat kita.
..........................................................
✅ 24-27/5/2020:
RM50/pelajar kepada 50 pelajar yatim/miskin.


✅ 23/5/2020:
Sumbangan Raya RM150/RM200 kpd setiap keluarga anak yatim/miskin berikut:
1) Kak Dah (Sura Hujung)
2) Zainal (Sura Hujung)
3) Yah (Balai Besar)
4) Aishah (Balai Besar)
5) Aini (Sura Tengah)
6) Kinah (Padang Jambu)
7) Nadhirah (kg. Paya)
8) Wardah (kg Rajawali)
9) Zaimah (Sura Tengah)
10) Su (Jln Bunga Raya)
11) Linda (Jln Bunga Raya)
12) Liza (Jln Pantai Sura Tengah)
13) Sham (Sura Hujung)
14) Zuki (Sura Tengah)
15) Nisa (Sura Hujung)
16) Kakak Nisa (Sura Hujung)
17) Pok Ariffin (Gong Pasir, dekat surau Pok Dek)
18) Hakimi (kg. Nibung)
19) Nurhan (kg. Molek, belakang Nirwana)
20) Ani (Tmn. Sri Rumbia)

✅ 20/5/2020:
Sumbangan RM100/RM200 kpd setiap pelajar berikut:

1) Nurul (kg Batangan, Marang) - 13/5
2) Pie (Chendering, KT) - 13/5
3) Ridwan (kg Atas Tol, KT) - 13/5
4) Ain (kg Baru K Abang, Dungun) - 13/5
5) Asmai (Seremban) - 13/5
6) Nur Naafizah (Machang) - 15/5
7) Wan Zulaikha (Jerteh) RM200 - 19/5
8) Hafiz (Perak) RM200 - 20/5
9) Nabil (kg. Pengkalan Jering, Che Lijah, Dungun)  RM200 - 20/5



✅ 19/5/2020:
RM1200 taja jam digital waktu solat, dll untuk surau Rumah Anak Yatim Seri Peraksi (RAYSP). Alhamdulillah dan ucapan terimakasih banyak-banyak drp Poksu Hasan serta anak-anak RAYSP. 
19 Mei 2020 - anak2 RAYSP


✅ 20/5/2020:
Sumbangan iftar, duit raya untuk rumah anak yatim dan tahfiz berikut:
  • Rumah Anak Yatim Seri Peraksi (RAYSP), Semerak, Pasir Puteh, Kelantan (RM630) - 33 org - 20/5
  • Rumah Anak Yatim Siti Aminah (RAYSA), Pasir Pekan, KB (RM1,080) - 38 org. - 19/5
  • Rumah Baitul Sakinah, Jln. Ibrahim Bukit Besar, KT  (RM1,090) - 34 org. - 16/5
  • Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim (RAYLD), kg. Banggol Judah, Machang, Kelantan (RM920) - 32 org.-16/5
  • Rumah Anak Yatim Darul Huffaz (RAYDAH), kg. Perupok, Bachok, Kelantan (RM760) - 16 org.-16/5
  • Tahfiz al-Azim, kg. Banggol Judah, Machang, Kelantan (RM870) - 32 org.-16/5
Anak-anak Rumah Anak Yatim Darul Huffaz (RAYDAH) - 20 Mei 2020

Anak-anak Rumah Anak Yatim Siti Aminah (RAYSA) - 1 Syawal 1441H/24 Mei 2020

Anak-anak Rumah Anak Yatim Seri Peraksi (RAYSP): 1 Syawal 1441H/24 Mei 2020


✅ 16/5/2020:
Barangan harian bernilai RM80 kpd setiap keluarga berikut:

35. Nadhirah (kg. paya, Dungun) - serahan 16/5
34. Su (kg. baru Kuala Abang, Dungun) - serahan 13/5
33. Makcik (kg. baru Kuala Abang, Dungun) - serahan 13/5
32. Sin besi (kg Sura Hujung, Dungun) - serahan 11/5
31. Sulaiman (Tmn Sri Rumbia, Dungun) - serahan 11/5
30. Fauzi (kg Sura Tengah, Dungun) - serahan 11/5
29. Zuki (kg. Sura Tengah Dungun) - serahan 10/5
28. Jiran Sulong 2 (kg. Sura Tengah Dungun) - serahan 10/5
27. Jiran Sulong 1 (kg. Sura Tengah Dungun) - serahan 10/5
26. Li (kg. Sura Tengah Dungun) - serahan 10/5
25. Sulong (kg. Sura Tengah Dungun) - serahan 10/5
24. Linda (Jln. Bunga Raya, Dungun) - serahan 10/5
23. Su (Jln. Bunga Raya, Dungun) - serahan 10/5
22. Din (kg. Bt. 48, Dungun) - serahan 10/5
21. Yah (kg. Balai Besar, Dungun) - serahan 10/5
20. Jiha (kg. Batu 48, Dungun) - serahan 9/5
19. Anak arwah kak Mah (kg. Sura Hujung, Dungun) - serahan 9/5
18. Nisa (kg. Sura Hujung, Dungun) - serahan 9/5
17. Ani (Tmn Sri Rumbia, Dungun) - serahan 9/5
16. Sham (kg. Sura Hujung) - serahan 9/5
15. Kak Dah (kg. Sura Hujung) - serahan 7/5
14. Maziah (kg. Sura Hujung, Dungun) - serahan 7/5
13. Maznah (kg. Sura Hujung, Dungun) - serahan 7/5
12. Habsah (kg. Sura Hujung, Dungun) - serahan 7/5
11. Pah (kg. Sura Hujung, Dungun) - serahan 7/5
10. Mira (Flat Bijangga, Kuala Dungun) - serahan 6/5
9. Tie (kg. Seberang Pintasan, Dungun) - serahan 6/5
8. Kinah (kg. Padang Jambu, Dungun) - serahan 5/5
7. Pok Wei (kg. Batu Tiong, Dungun) - serahan 3/5
6. Ani (Tmn sebelah SMSD) - serahan 2/5
5. Aisyah (kg Balai Besar) - serahan 1/5
4. Zainal (kg Sura Hujung) - serahan 30/4
3. Liza (kg Sura Tengah, dekat MLKS) - serahan 30/4
2. Liza (kg Sura Tengah, jln pantai) - serahan 30/4
1. Anak pok Shim (kg Sura Tengah) - serahan 30/4

Barangan harian bernilai RM670 utk 10 keluarga (RM67/keluarga) di kampung Sura Hujung, Dungun. Serahan pada 16/5/2020 melalui Tok Bilal Asri. Terima kasih.




✅ 10/5/2020:
RM400 untuk iftar dan lain-lain belanja Ramadan anak-anak Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim (RAYLD). Contact person: ustazah Hasibah (019-374 6188).

Anak-anak RAYLD

✅ 7/5/2020:
RM500 projek ziarah Ramadan fakir miskin Hulu Dungun. Projek akan diuruskan oleh kak Lah, sahabat CAYD kita yang juga pengasas persatuan Bantu Orang Susah Sokmo (BOSS) Dungun. TERIMA KASIH kak Lah tolong uruskan.

✅ 5/5/2020:
RM100 Puan Zaleha, sakit kronik
RM400 Projek ziarah kasih Ramadan (bantuan keperluan harian) - Terima kasih en. Bistami kerana uruskan.

✅ 3/5/2020:
RM400 kepada Rumah Baitul Sakinah, Jalan Ibrahim, Bukit Besar, Kuala Terengganu, yang menempatkan anak yatim dan fakir miskin.


Gambar lama - semasa ziarah ke Baitul Sakinah

✅1/5/2020:
RM150 Haniza, jalani pembedahan.
RM200 ustaz Suffian

✅ 29/4/2020:
RM500 taja barangan keperluan kepada keluarga yatim/miskin di Setiu, melalui puan Hasiah, staf UiTM Dungun/sahabat CAYD kita. Terima kasih puan Hasiah tolong uruskan. Semoga Allah permudahkan urusan puan Hasiah dan kita semua juga.

✅26/4/2020:
RM2,200 Sumbangan kurma kpd 570 pelajar UiTM Terengganu yang PKP di kampus Dungun dan Bukit Besi, polis bantuan, SRK dan pekerja harian/cuci (kerjasama dengan OFODOS, kelab dalam UiTM Trg).




✅ 24/4/2020:
RM150 kpd Nurul Ikhwan, kg Seberang Pintasan, Dungun, Trg.

✅ 21/4/2020:
RM1,840 taja 20 katon kurma kepada rumah-rumah anak yatim dan tahfiz berikut. Agihan melalui ustaz Nazri Amir Hamzah (013-978 0110).

1) Rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim (RAYLD), kg Banggol Judah Machang Kelantan (ustazah Hasibah, 019-374 6188)
2) Rumah Anak Yatim Seri Peraksi (RAYSP), Semerak, Pasir Puteh Kelantan (Pok Su Hasan, 011-2913 5557)
3) Rumah Anak Yatim Darul Huffaz (RAYDAH), kg Kubang Golok, Bachok, Kelantan.
4) Rumah Anak Yatim Siti Aminah (RAYSA), Pasir Pekan, KB, Kelantan. (Kak Sufiyyah/Penyelia, 012-955 9429)
5) Rumah Anak Yatim Darul Mizan (RAYMIZ), Pantai Senok, Bachok, Kelantan.
6) Rumah Anak yatim Baitu Ruhana (RAYHAN), Pasir Mas, Kelantan.
7) Rumah Anak Yatim al-Qamariah (RAYDAQ), Pasir Mas, Kelantan.
8) Tahfiz al Azim, kg Banggol Judah, Machang. (mudir ustaz Mizan (016-693 4090)


RM300 taja projek memasak untuk Rumah Anak Yatim Siti Khadijah Batu 9 Gombak, Selangor. Sahabat kami yang juga sahabat CAYD kita, Puan Rozai akan terlibat dalam projek memasak untuk rumah anak yatim ini. Mereka akan masak untuk 10 hari. Alhamdulillah dan TERIMA KASIH Puan Rozai kerana uruskan sumbangan CAYD kita.

 

✅ 20/4/2020:
1) Sumbangan mask dan sanitizer kepada Rumah Anak Yatim Lilbanat (RAYLD), Rumah Anak Yatim Darul Huffaz (RAYDAH), Rumah Anak Yatim Lilbanin Seri Peraksi (RAYSP) dan Tahfiz al Azim. projek ini dengan kerjasama Farmasi KSH Dungun. Terima kasih Puan Miza (Farmasi KSH/Sahabat CAYD kita) tolong uruskan.

2) RM500 barangan keperluan harian sempena Ramadhan kpd Rumah Anak Yatim Seri Peraksi (RAYSP).


✅ 11/4/2020:
RM184 sumbangan 2 katon kurma kpd madrasah Darul Ulum Rohingya (Jln Melati) Dungun.



✅ 9/4/2020:
RM100 sumbgn kpd pn Su (kg Baru K Abang)

✅ 6/4/2020:
1) RM250 (RM50/keluarga x 5 keluarga) barangan harian kepada pn. Su & pn Linda (Jln Bunga Raya), abg Mira (kg Bt 48), Zuki (kg Sura Tengah, pn Yah (kg Balai Besar)

2) RM400 kepada tahfiz al-Azim, kg Banggol Judah, Machang (ustaz Mizan: 016-693 4090)

3) CAYD kita sertai projek amal team Terengganu jahit PPE (boot cover) utk frontliners (hero/heroin) kita. Semoga Allah lindungi mereka dan kita semua juga.

✅ 5/4/2020:
1) Sumbangan RM600 kpd keluarga miskin/yatim/yang terkesan dengan PKP covid-19 di kg Seberang Pintasan, kg Baru Kuala Abang & kg Jambu Bongkok di Dungun, Terengganu. Sumbangan diserahkan melalui sahabat saya dan CAYD kita, ustaz Hj. Wan Anuar.
      
2) RM400 taja iftar pada 1, 2 & 3 Ramadhan 1441H/2020M Rumah Anak Yatim Darul Huffaz (RAYDAH) Lilbanat, kg Perupok, Bachok Kelantan.


2/4/2020:
1) RM400 kpd pn Hasiah, sahabat CAYD kita untuk projek sumbangan barangan harian keluarga yatim/miskin di Setiu. 
2) RM100 kpd Ikhwan, kg Seberang Pintasan
3) RM100 kpd pn Hafizah, keluarga anak yatim, kg Sura Hujung

23 May, 2020

Penat untuk rehat!

PENAT UNTUK REHAT!

Ohhhhh...penatnya bekerja. Yg gunakan fizikal, penat badannya. Yg gunakan fikiran, penat mindanya. Keluar pagi balik petang. Kekadang hingga ke malam dan hari minggu/cuti pun kerja. Hujung bulan, bila dapat gaji, hilang kepenatan, timbul kegembiraan.


Begitulah kita dgn Allah....


Allah janjikan yg lebih dahsyat drp gaji!. Allah kata sabarlah dgn penat mu di dunia. Dunia ini memang tempat untuk penat ...penat mematuhi perintah Allah, kumpul "bekal" utk dibawa pulang!.


Nanti bila kamu pulang ke akhirat, Aku berikan yg lebih indah, tidak perlu berpenat lagi dan nikmat yg sampai kamu puas dgnnya!.


Bila kawan beritahu yg esok hari gaji, kita sudah tersenyum dan rasa tenang. Org yg berpenat utk Allah di dunia, di saat sakaratulmautnya, dia bahagia dan tenang sebab sudah ditunjukkan "gaji" lumayan yg sedang menantinya. Jadilah matinya tidur yg merehatkan...


Jadi.....

Pujuk diri kita disaat penat patuhi perintah dan hadapi ujian Allah.
Penatnya solat....sabar!
Penatnya baca/hafaz Quran...sabar!
Rimas/panasnya tutup aurat...sabar!
Hebatnya ujian atasku...sabar!
Sabar dan istighfar agar kita dapat pahala!
Disaat terbeban, ingat Allah, ingat akan nikmat2 dan janji2Nya...

(Ruj: kuliah ustaz Adi Hidayat)

16 May, 2020

Maklumat bilangan anak yatim

💚 Maklumat tentang bilangan anak yatim/pelajar di rumah-rumah anak yatim dah tahfiz yang CAYD bantu secara berkala:

RAYLD: 32 org
RAYSP: 33 org
RAYDAH: 16 org
RAYSA: 38 org
BAITUL SAKINAH: 34 org
Tahfiz al Azim: 32 org

(Data: 16/5/2020)

InshaaAllah, CAYD bertekad utk terus menyantuni mereka. Jom! Kita lakukan sama2 dgn menaja iftar dan mengembirakan mereka dgn beri duit raya. Semoga Allah permudahkan urusan.

Kita zalim

*KITA ZALIM*

Zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Mata bukan utk melihat tapi melihat yg baik-baik. Bila kita guna utk melihat yg tak baik, kita telah berlaku zalim.
Lisan salah bicara!. 
Telinga salah dengar!.
Aurat utk ditutup, tapi kita dedahkan!.
......
......
......
Berapa banyak kezaliman telah kita lakukan dlm hidup ini?. Allahuakbar!

Justeru, sentiasalah kita ucap doa/zikir berikut:

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخٰسِرِينَ

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi."

(Al-A'raf 7: Ayat 23)

(Ruj: kuliah ustaz Adi Hidayat)




T4A: DEADLINE

DEADLINE

Kadang-kadang kita kejar deadline manusia sampai terabai tanggungjawab sebagai suami/isteri/ibubapa/anak/jiran/kawan. Demi utk penuhi deadline kita, kita tak kisah kesannya kpd org lain. Yang lebih jeng greng, terabai tanggungjawab sebagai hamba Allah (solat yang awal waktu jadi lewat, yang biasanya muafiq jadi masbuq, yang biasanya berjemaah jadi sendirian). Kita sanggup berjaga sampai sepertiga malam. 

Bersungguhnya kita dengan deadline manusia. Bagaimana dengan deadline Allah?. Ramadan sedang menghampiri deadlinenya. Ramadan bukan “bagi hari ni, deadlinenya kelmarin”. Sesetengah daripada kita dah hidup lebih 50 tahun. Maknanya berapa kali dah tu kita berjumpa dengan Ramadhan?. Apakah perubahan pada diri (sakit, kerap lenguh badan, dah byk putih drp hitam, spek atas kepala cari merata) dan dunia (wabak covid-19), malah ganjaran hebat (1 malam = +-83 tahun 4 bulan) masih tidak mengubah tindakan kita terhadap deadline Allah?. Mungkin tahun ini, peluang terakhir utk kita bertemu Ramadan dan Lailatur Qadr. Kita tak tahu. Allahuakbar!. 
Jom! Kita manfaatkan Ramadan/al-Qadr, anugerah Allah sebelum “game over” buat kita!.

T4A: Semoga hadir cahaya dan kegelapan berlalu...


Semoga hadirnya cahaya dan kegelapan cepat berlalu.....

Imej: Pantai Kampung Sura Tengah Dungun, Terengganu pada 22 Ramadan 1441H / 15 Mei 2020

09 May, 2020

T4A: Ambil tahu dan bantu semampu...


Lebih kurang 90% drp penerima sumbangan barangan harian CAYD terdiri drp keluarga ibu tunggal/anak yatim. Semuanya, samada tidak bekerja atau jika bekerja pun secara kecilan dan tak tetap. Ada juga yang berpenyakit kronik, kaki dah dipotong dan berkerusi roda. Ada yang anak 8 orang, anak-anak masih bersekolah. Ada yang anaknya dah tamat belajar tapi masih tak dapat kerja. Jika ada yang anak dah bekerja pun, kerja biasa saja dengan gaji/upah yang tak seberapa. Begitulah antara kisah masyarakat kita. 

Kekadang kita terfikir.......mereka sedang sabar menghadapi ujian Allah. Orang yang selesa kehidupannya atau kaya, seakan berterusan dalam keselesaan - kerja bagus, anak-anak pula berjaya, kesihatan alhamdulillah. Jangan lupa bahawa susah dan senang, keduanya ujian daripada Allah.  

Orang miskin/susah di dunia ini, mungkin di akhirat nanti akan mendahului kita selama beratus tahun perjalanan menuju ke Syurga Allah. Sementara kita entah tersekat dan tersadung di mana-mana. Nauzubillah….

Dah kita kena jadi miskin ke?. Tak!. Kita kena cari, ambil tahu, bantu semampu. Kita tak tahu kemungkinan orang-orang miskin/susah ini didatangkan secara khusus oleh Allah di sekeliling kita untuk Allah menguji kita. 

Mungkin.....dalam keluarga kita ada adik-beradik yang kurang bernasib baik, di organisasi kita ada makcik cleaner ibu tunggal yang dah lanjut usia tapi masih bekerja, di hujung kampung kita tinggal seseorang yang lumpuh sebatang kara, setiap hari ada pak cik tua yang naik basikal lalu di depan rumah kita yang nampaknya macam orang susah, jiran kita yang anaknya sentiasa menangis mungkin sebab kelaparan, pelajar/pekerja kita ada yang makan hanya sekali sehari saja kerana kesempitan, dan lain-lain. Pastinya kelebihan yang Allah beri bukan untuk kita berpegang kepada prinsip "Aku, Aku dan Aku!".  Jika begitu, bagaimana kita nak jawab di hadapan Allah nanti......

06 May, 2020

Tanda Allah sayang kita...

TANDA ALLAH SAYANG KITA
(Ruj: ustaz Wadi Anuar)

Sesiapa yg dikehendaki Allah kebaikan,
Allah akan memberikan dia agama.
Kaya bukan tanda Allah sayang.
Kecantikan bukan tanda Allah sayang.
Kemahsyuran bukan tanda Allah sayang kamu.
Sebabnya cantik/kaya/mahsyur ni ....Islam dapat, tak Islam pun dapat.
Begitu juga takhta dan kekuasaan kita....bukan tanda Allah sayang kita.
Tanda Allah sayang kita......apabila Allah memudahkan anggota badan kita, hati kita untuk menyembah dan memuji Allah swt. Allah meingankan tubuh badan kita utk melakukan kebaikan kpd Allah swt.


03 May, 2020

Video: Negara jadi hebat bila pemimpinnya bertaqwa

Allahuakbar! Video ini amat menyentuh perasaan. Hebat pengajarannya buat kita. Kalau tak silap saya ianya tentang Sultan Abdul Hamid, di era pemerintahan kerajaan Uthmaniah. 

Rasulullah saw sendiri telah menunjukkan sifat dan ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin. Umatnya ikat perut dengan satu batu menahan lapar sedangkan baginda ikat perut dengan dua batu. Khalifah Umar al-Khattab berjalan malam tanpa diketahui orang untuk melihat keadaan rakyatnya. Khalifah Umar Abdul Aziz pula memadamkan lampu bilik kerja istananya bila anaknya datang untuk berbincang hal keluarga. Pemimpin yang bertaqwa/takutkan Allah tidak akan ambil mudah tentang amanah serta tanggungjawab yang dipikulnya. Kita? Kita pun tidak akan terlepas kerana setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang kita pimpin.



02 May, 2020

T4A: Iringi permintaan tolong dengan doa

💌 Kita sebagai ibubapa bila minta tolong daripada anak-anak, biasakan untuk sertai permintaan itu dengan doa.

Misalnya,

"(Panggilan kita kepada anak)...semoga Allah menjagamu..tolong ambilkan abah remote TV tu".

atau 

"(Panggilan kita kepada anak)....semoga Allah murahkan rezekimu...tolong abah gi buang sampah tu".

atau

Lain-lainlah...

Aktiviti CAYD - Ogos 2022

Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan-puan atas sokongan berterusan dalam apa jua bentuk kepada CAYD kita. Semoga Allah terus bagi kita ke...